Thursday, August 26, 2010

Pengenalan


Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.  Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun).  Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T., 2007).  
Sanders et al. (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak beralih dari tahun Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah satu (5 hingga 6 tahun) memerlukan lebih perhatian terhadap keperluan mereka.  Oleh itu, pendidikan                                                       adalah awal amat penting dan harus                                                     bermula sejak kecil lagi.
(Jackson Pui Wee Kien, 204148)

No comments:

Post a Comment