Wednesday, August 25, 2010

Siapa yang memainkan peranan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?


Ibu bapa
  • Ibu  bapa  memikul tanggungjawab yang berat seperti memberi kasih sayang, pendidikan dan keperluan asas, bersikap adil, menjadi contoh teladan yang baik, serta menghormati orang lain dalam kehidupan (Dato’ Dr. Hasan Hj Mohd Ali, 1999).
  • Ibu bapa memainkan peranan yang menarik dan mencabar dari segi :
Ø  kehendak naluri
Ø  keperluan emosi
Ø  status diri (ibu bapa)

 Pendidik / Guru 
  • Golongan pendidik memberikan pendidikan formal.
  • Mereka haruslah menggunakan daya  kreativiti apabila merancang segala aktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak.
  • Mereka memberi lebih perhatian dalam bidang akademik untuk mengurangkan jurang dalam pencapaian akademik dan  menggembangkan kebolehan intelektual tanpa merosakkan keseronokan pembelajaran (Kasnani Ab Karim,  Norbe Md. Nor,  Nazimah Abdulah,  Januari 2005). 
  • Sebagai contoh :
    Ø  mewujudkan  suasana riang
    Ø  selesa dan mesra semasa proses pembelajaran berlangsung
    - contoh : melukis,  menari,  menyanyi  dan sebagainya
    Kerajaan
    • Kerajaan melaksanakan dasar yang mendorong penglibatan semua lapisan masyarakat dalam mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.
    • Salah satu dasar yang penting dalam proses mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak ialah Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan.
    1. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaa
    2. Kemudahan Fizikal 
    3. Tenaga pendidik dan
    4.  Penglibatan Ibu Bapa
       
      Masyarakat 
      • Masyarakat harus bekerjasama dan menyokong usaha-usaha pihak tertentu dalam menjalankan program pendidikan awal kanak-kanak (Kasnani Ab.Karim, Norbe Md. Nor, Nazimah Abdulah, Januari 2005 : 6).
      • Sebagai contoh, pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan.
      (Suzanah Killin, 204331)

      No comments:

      Post a Comment