Thursday, August 26, 2010

Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak


  • Pendidikan awal menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan 
                                                               perhatian dan 
                                                               membina daya 
                                                               keintelektualan. 
  • Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.
  • 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kongitif yang pesat.
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat menggembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan hidup.
(Sumber rujukan : Azizah Lebai Nordin,  2004) 
(Ang Mei Gee, 204086)

1 comment: