Thursday, August 26, 2010

Pengenalan


Pembangunan seseorang individu sering dikaitkan dengan zaman kanak-kanak.  Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat, kanak-kanak bermaksud budak lelaki atau perempuan yang masih kecil (biasanya yang belum berumur lebih daripada 7 atau 8 tahun).  Kanak-kanak juga didefinisikan sebagai seorang individu yang mula mendapatkan pendidikan pusat jagaan, memulakan zaman sekolah, atau beralih ke tempat jagaan kanak-kanak dari dua hingga empat tahun (Margeret M. C. & Waller T., 2007).  
Sanders et al. (2005) menyatakan bahawa kanak-kanak beralih dari tahun Reception (4 hingga 5 tahun) ke darjah satu (5 hingga 6 tahun) memerlukan lebih perhatian terhadap keperluan mereka.  Oleh itu, pendidikan                                                       adalah awal amat penting dan harus                                                     bermula sejak kecil lagi.
(Jackson Pui Wee Kien, 204148)

Definisi




  • Pendidikan ini termasuk proram-program untuk bayi,  kanak-kanak yang baru bertatih, dan program-program prasekolah yang termasuk sekolah asuhan kanak-kanak dan peringkat sekolah rendah (Azizah Lebai Nordin,  2004).
  • Pendidikan di peringkat kanak-kanak juga merangkumi segala pengalaman dalam kehidupan hariannya sama ada di pusat asuhan, rumah atau luar rumah.
  • Pendidikan awal kanak-kanak ialah asas kepada pembinaan kekukuhan sesuatu bangsa dan pemangkin kepada visi wawasan hala tuju negara.
(Hon Jia Xin, 204358)

    Kepentingan Pendidikan Awal Kanak-Kanak


    • Pendidikan awal menyediakan generasi yang mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dari aspek fizikal dan mental, menumpukan 
                                                                   perhatian dan 
                                                                   membina daya 
                                                                   keintelektualan. 
    • Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang utama dan paling laju perkembangan mereka berbanding dengan peringkat-peringkat atau tahap umur yang lebih dewasa dalam kehidupan seseorang.
    • 90 peratus daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun kerana sejak kelahiran hingga berumur dua tahun, kanak-kanak itu mengalami perkembangan kongitif yang pesat.
    • Pada peringkat ini, kanak-kanak dapat menggembangkan pengetahuan asasnya yang berkaitan dengan empat ciri iaitu pengetahuan tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang, dan masa yang kemudiannya menjadi asas untuk perkembangan hidup.
    (Sumber rujukan : Azizah Lebai Nordin,  2004) 
    (Ang Mei Gee, 204086)

    Bila dan di mana pendidikan awal harus dimulakan ?


    Bila pendidikan awal harus dimulakan :
    • Pendidikan awal seharusnya bermula sejak kanak-kanak itu dilahirkan.
    • Proses pembelajaran itu sendiri secara tidak langsung sudah diaplikasikan dalam kehidupan sekarang.




    Di mana pendidikan awal harus dimulakan :
    • Pada asasnya, pembelajaran bermula dari rumah itu sendiri iaitu ibu bapa merupakan pendidik awal bagi kanak-kanak ini.
      • Kemudian, pembelajaran itu diteruskan di tadika,
              pusat jagaan kanak-kanak
              dan sekolah rendah.
         (Hun Zi Ying, 204161)

      Wednesday, August 25, 2010

      Video-video Tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak

      Temuduga Bersama Dr. Mariani
      Berhubung dengan masalah pembelajaran kanak-kanak dari sudut psikologi





      Permainan Buka Tutup merupakan salah satu model pembelajaran yang ada pada modul Interactive Audio Instruction untuk TK (Taman Kanak-kanak)






      MyStarB - Belajar ABC dengan cepat cara kanak-kanak

      Siapa yang memainkan peranan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?


      Ibu bapa
      • Ibu  bapa  memikul tanggungjawab yang berat seperti memberi kasih sayang, pendidikan dan keperluan asas, bersikap adil, menjadi contoh teladan yang baik, serta menghormati orang lain dalam kehidupan (Dato’ Dr. Hasan Hj Mohd Ali, 1999).
      • Ibu bapa memainkan peranan yang menarik dan mencabar dari segi :
      Ø  kehendak naluri
      Ø  keperluan emosi
      Ø  status diri (ibu bapa)

       Pendidik / Guru 
      • Golongan pendidik memberikan pendidikan formal.
      • Mereka haruslah menggunakan daya  kreativiti apabila merancang segala aktiviti yang melibatkan perkembangan kanak-kanak.
      • Mereka memberi lebih perhatian dalam bidang akademik untuk mengurangkan jurang dalam pencapaian akademik dan  menggembangkan kebolehan intelektual tanpa merosakkan keseronokan pembelajaran (Kasnani Ab Karim,  Norbe Md. Nor,  Nazimah Abdulah,  Januari 2005). 
      • Sebagai contoh :
        Ø  mewujudkan  suasana riang
        Ø  selesa dan mesra semasa proses pembelajaran berlangsung
        - contoh : melukis,  menari,  menyanyi  dan sebagainya
        Kerajaan
        • Kerajaan melaksanakan dasar yang mendorong penglibatan semua lapisan masyarakat dalam mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak.
        • Salah satu dasar yang penting dalam proses mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak ialah Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan.
        1. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaa
        2. Kemudahan Fizikal 
        3. Tenaga pendidik dan
        4.  Penglibatan Ibu Bapa
           
          Masyarakat 
          • Masyarakat harus bekerjasama dan menyokong usaha-usaha pihak tertentu dalam menjalankan program pendidikan awal kanak-kanak (Kasnani Ab.Karim, Norbe Md. Nor, Nazimah Abdulah, Januari 2005 : 6).
          • Sebagai contoh, pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan.
          (Suzanah Killin, 204331)

          Artikel Tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak


            
          87% Kanak-kanak Disasar Terima Pendidikan Prasekolah – Muhyiddin

          JELI 15 Julai. – Kerajaan mensasarkan 87 peratus kanak-kanak di bawah usia 7 tahun mendapat pendidikan prasekolah sebelum memasuki alam persekolahan sebenar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

          Timbalan Perdana Menteri berkata sasaran itu terkandung sebagai bidang tumpuan yang akan dilaksanakan kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

          “Dalam pelaksanaan RMK-10 kita dah tetapkan bidang-bidang yang akan jadi keutamaan kita untuk diberi tumpuan.


           “Antaranya seperti pembangunan bidang pendidikan dengan lebih 5.6 juta pelajar di negara kita, lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara dan sebanyak 480,000 guru yang perlu diberi perhatian.

          “Kita ada dasar dan program, antara inisiatifnya ialah membangunkan lebih banyak prasekolah. Sebanyak 67 peratus dari anak-anak kita telah ke prasekolah sebelum ini dan sasaran kita ialah untuk meningkatkan kepada 87 peratus supaya sebahagian besar anak-anak sebelum masuk ke sekolah biasa akan mendapat pendidikan prasekolah,” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Jeli di sini Khamis.

          Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata sasaran itu bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memastikan kanak-kanak berkenaan mampu menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sebaik sahaja memasuki alam persekolahan sebenar.

          “Ada murid yang memasuki darjah enam tapi masih tidak tahu membaca atau menguasai 3M, sepatutnya dalam tempoh itu (enam tahun di sekolah) tidak timbul isu itu. Justeru, sekiranya anak-anak mendapat pendidikan awal semasa di prasekolah, isu 3M ini tidak akan berbangkit lagi,” katanya.

          Beliau berkata kerajaan kini mengharapkan lebih ramai pihak sama ada individu atau jabatan tertentu yang dapat membantu kerajaan meningkatkan pembangunan pendidikan di negara ini melalui pembinaan lebih banyak prasekolah.

          Justeru, katanya, kerajaan bersedia menyalurkan peruntukan berupa bantuan geran berjumlah RM10,000 kepada setiap pengusaha yang berminat untuk membuka prasekolah.

          Katanya peruntukan itu akan disalurkan kepada pengusaha yang memiliki sekurang-kurangnya seramai 25 orang murid prasekolah.

          Sementara itu, menyentuh mengenai kadar kemiskinan di negara ini, Muhyiddin berkata sehingga kini usaha untuk membasmi kemiskinan menunjukkan perkembangan positif apabila hanya tidak kurang tiga peratus sahaja yang masih berada di dalam golongan itu.

          Muhyiddin berkata pada awal negara kita mencapai kemerdekaan, lebih 60 peratus rakyat dikenal pasti sebagai miskin.

          “Peratus itu sudah dapat dikurangkan dan sehingga kini tidak sampai tiga peratus dari rakyat pelbagai kaum di negara ini yang termasuk dalam golongan miskin. Hampir selesai masalah itu, kalaupun ada sedikit berbaki tetapi ianya akan diselesaikan,” katanya. – Bernama

          (Sumber rujukan : http://umno-online.com/?p=14163, 4.25pm, 17/08/10)

          Teknik Mendidik - Teknik Tradisional (Autokratik)

          • “Kawalan ketat dan kekerasan”
          • Teknik ini merupakan teknik yang paling lama. 
          • Teknik ini sering digunakan dalam kalangan masyarakat.
          Kebaikan :                
          • Kanak-kanak diasuh untuk mematuhi kata-kata dan suruhan.
          • Mereka tidak mudah dipengaruhi oleh pengaruh luar.
          • Kanak-kanak menghormati orang tua dan takut melakukan kesalahan.

            Keburukan :
            • Kanak-kanak terasa terkongkong dan diawasi.
            • Kehendak dan perasaan mereka terabai. 
            • Mereka terasa mereka tiada hak dalam apa-apa yang dilakukan oleh mereka.
            • Mereka tidak mampu menentukan kemahuan dan kehendak mereka sendiri.
            •  
               (Rafiah binti Uchau, 204582)

              Teknik Mendidik - Teknik Permisif

              • “Pendidikan yang adil, terbuka dan bebas”
              • Teknik ini menggantikan dan membaiki kelemahan yang ada pada Teknik Tradisional. 
              • Teknik ini menerima pendapat serta pandangan kanak-kanak.
              Kebaikan : 
              • Kanak-kanak diberi peluang untuk bebas berfikir dan memberi cadangan atau pendapat.
              • Penggunaan hukuman dikurangkan melalui teknik ini.

                Keburukan :
                • Teknik ini mewujudkan masalah orang tua yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan efektif.
                • Kanak-kanak diberi kuasa untuk membuat keputusan sendiri.
                • Masalah kanak-kanak yang manja atau sukar dikawal akan timbul. 




                  (Muriel Blair Edvin, 204062)

                  Teknik Mendidik - Teknik Berkesan


                  • “Keseimbangan antara teknik tradisional dengan teknik permisif”
                  • Teknik ini mengabungkan kebaikan daripada kedua-dua teknik (Teknik Permisif dan Teknik Tradisional).
                  • Teknik ini mengimbangkan erti kawalan dengan kemesraan.


                  Ciri-ciri :                               
                  1. Teknik ini melatih kebolehan dan keberkesanan kanak-kanak untuk menerangkan perkara-perkara penting (yang harus diketahui) dengan cepat dan jelas.
                  • Nilai-nilai hidup yang baik dapat disampaikan dengan jelas melalui tingkah laku dan sikap yang sesuai.
                  2. Teknik ini turut menentukan had-had dalam tingkah laku kanak-kanak dalam konteks kesihatan, makanan, keselamatan, kebajikan dan perhubungan luar rumah.
                    • Kanak-kanak dapat diawasi melalui hukuman atau denda agar had-had tertentu tidak dilanggar.
                    • Dengan adanya penglibatan aktif ibu bapa dan guru-guru dalam mendidik kanak-kanak, kanak-kanak yang bertanggungjawab, berdikari serta mengambil berat akan perasaan dan hak orang lain dapat dibentuk.
                    • Justeru, komunikasi dua hala yang jelas dan terang amat penting.
                  3. Teknik ini mengurangkan jurang perbezaan psikologi yang wujud di antara ibu bapa, orang tua, guru-guru dan kanak-kanak.
                  Sebagai contoh :
                  §  saling hormat-menghomati
                  §  memberi layanan yang sama kepada kanak-kanak
                  §  wujud hubungan mesra
                  (Mohd. Zulhafifi b. Din, 204307)